Khamis, 22 Januari 2009

Obama Dinobat Menjadi Presiden Amerika Syarikat Yang Ke-44.

Ia merupakan suatu mimpi yang menjadi kenyataan. Kemenangan Barrack Obama dalam pilihanraya Presiden merupakan sesuatu yang tidak terlintas akan berlaku selama ini. Dalam sejarah Amerika Syarikat belum ada Presiden negara tersebut yang berkulit hitam.

Beliau telah ditabalkan pada 20HB Januari yang lalu dalam upacara yang penuh gilang gemilang. Ia dihadiri oleh ribuan tetamu dan ditontoni oleh jutaan rakyat Amerika serta masyarakat dunia di negara-negara lain. Peristiwa bersejarah ini diharap akan mengorak langkah perubahan kepada dasar-dasar Amerika di dalam dan luar negara. Ramai rakyat Amerika dan juga masyarakat diseluruh dunia amat mengharapkan Presiden Obama akan dapat menangani masalah- masalah seperti kegawatan ekonomi dan juga pergolakkan di Timur- Tengah.

Mungkin kamu dapat renungkan bagaimana perlantikan Presiden Obama akan memberi kesan kepada negara kita. Ia memang persoalan yang mencabar bagi kamu fikirkan jadi saya sarankan kamu lungsuri lelaman siber untuk mengetahui dengan lebih lanjut kesan perubahan di Amerika Syarikat ini kepada negara-negara lain diseluruh dunia. Ini akan dapat menolong kamu dalam memikirkan kesannya kepada negara kita.

Fikirkan

Cikgu Ramzy Sulaiman

0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama