Selasa, 21 April 2009



KERACUNAN ROJAK GEYLANG SERAI
KES keracunan makanan melibatkan gerai rojak India di pasar sementara Geylang Serai agak serupa dengan kes yang berlaku pada 1983, yang berpunca daripada air daripada sotong mentah menitis dengan banyaknya ke dalam kuah rojak India yang tidak ditutup.
Walaupun pencemaran rojak India yang berlaku di Geylang Serai baru-baru ini belum dapat dipastikan dengan jelas, satu kenyatan bersama Kementerian Kesihatan (MOH) dan Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) semalam melihat kes pada 1983 - yang juga melibatkan rojak India dari sebuah gerai di Geylang Serai - mempunyai banyak persamaan dengan kejadian terbaru itu.
Dalam kes keracunan makanan pada 1983 itu, 34 orang menjadi mangsa.
Siasatan pada tahun itu menunjukkan bahawa rojak India tersebut disiapkan di sebuah tempat tidak berlesen di Joo Chiat.

Semasa proses itu, air daripada sotong katak mentah menitis dengan banyak ke dalam kuah rojak India yang tidak bertutup yang diletak di rak bahagian bawah dalam peti sejuk.
Siasatan pada 1983 itu mengesahkan bakteria Vibrio Parahaemolyticus sebagai punca keracunan makanan itu.
Bakteria Vibrio Parahaemolyticus biasanya berkait dengan makanan yang dimakan mentah atau makanan laut yang tidak dimasak dengan betul.
Siasatan MOH dan NEA mengesahkan kes keracunan makanan terbaru itu juga disebabkan bakteria Vibrio Parahaemolyticus.
Siasatan makmal mengesahkan 13 daripada kes keracunan makanan itu disebabkan bakteria tersebut, termasuk mangsa pertama yang meninggal dunia.
Kenyataan itu juga berkata tiada sebarang sisa makanan dapat dikumpulkan untuk laporan mikrobiologikal kerana gerai rojak India itu telah membuang semua makanan dan kuah setelah mendapat banyak aduan.
Menurut kenyataan itu lagi, pihak NEA akan mengambil tindakan ke atas pemegang lesen gerai rojak India itu di bawah Aturan Kesihatan Sekitaran Awam (Kebersihan Makanan).
Sementara menantikan keputusan pendakwaan ke atas pemegang lesen itu di mahkamah, lesennya akan digantung.
Sejak kes keracunan makanan rojak India itu dilaporkan, seramai 154 orang menjadi mangsa.
Daripada jumlah tersebut, 48 mendapat rawatan wad di hospital.
Lima daripada mereka masih dirawat di hospital.
Dua daripada 48 mangsa yang dimasukkan ke hospital meninggal dunia setelah berada dalam keadaan koma.
Dalam pada itu, mangsa kes keracunan makanan melibatkan sebuah restoran stimbot di Lorong 9 Geylang meningkat kepada 19 orang.

Ahad, 29 Mac 2009

LEBIH 50 MAUT LEPAS EMPANGAN INDON PECAH 27/03/2009
Kejadian akibatkan banjir kilat yang turut musnahkan ratusan rumah
CIRENDEU (Indonesia): Hujan yang turun dengan lebat menyebabkan Empangan Situ Gintung di Cirendeu, Tangerang, di tenggara Jakarta pecah semalam.
Kejadian itu mengakibatkan banjir kilat yang mengorbankan 58 orang dan menenggelamkan beratus-ratus rumah, menurut para pegawai.

Berpuluh-puluh penduduk dilaporkan hilang selepas empangan pecah malam kelmarin ketika penduduk sedang tidur.
'Bencana ini berlaku secara tiba-tiba. Disebabkan penduduk sedang tidur, mereka tidak dapat menyelamatkan diri,' kata Encik Danang Susanto, seorang pegawai di pusat krisis Kementerian Kesihatan.
Beliau menganggarkan sehingga 500 rumah musnah atau tenggelam selepas empangan di pinggir Tasik Situ Gintung, Cirendeu, pecah. Di sesetengah tempat air banjir sedalam enam meter.
Ramai mangsa terkandas di atas bumbung rumah menunggu untuk diselamatkan.
Para pekerja penyelamat menggunakan rakit getah untuk bergerak di jalan-jalan raya yang kini menjadi sungai, dipenuhi serpihan puing, mayat, sandal dan kerusi meja.

'Saya benar-benar sedih,' kata Encik Cholik, 21 tahun, yang duduk menghadap mayat ibunya berusia 54 tahun.
Adik iparnya terkorban dan seorang anak saudaranya berusia setahun hilang.

'Saya tiada di rumah malam tadi. Saya sepatutnya berada di sini untuk menyelamatkan mereka,' katanya.

Beberapa mangsa yang terselamat berkata banjir itu macam tsunami kecil.
Paras air di sesetengah tempat cukup tinggi sehingga penduduk naik ke bumbung rumah menunggu untuk diselamatkan.
Tiang telefon tumbang dan kereta dihanyutkan; ada yang sejuah beratus-ratus meter dari tempat asal.

'Penduduk sedang dipindahkan. Separuh daripada mereka masih berada di atas bumbung rumah,' kata Encik Rustam Pakaya, yang mengetuai Pusat Krisis, Kementerian Kesihatan.

Menjelang petang, beratus-ratus mangsa berkumpul dekat Universiti Muhammadiyah yang kini dijadikan rumah mayat sementara.
Ramai mangsa menangis dan meraung sewaktu askar dan polis membawa mayat yang diisi di dalam kantung plastik berwarna putih.

Seorang pekerja ambulans Palang Merah, Encik Dedet Mulyadi, berkata ramai mangsa banjir luka akibat terkena puing dan ranting kayu.
Naib Presiden, Encik Jusuf Kalla dan Menteri Kebajikan, Encik Aburizal Bakrie, melawat kawasan bencana untuk memeriksa operasi menyelamat, lapor Metro TV.

Khamis, 5 Mac 2009

Hi kawan!
Cikgu kata dia dah puas merajuk. Dan dia akan beri test esok sebagai hadiah kepulangannya ke sekolah.
Test ini akan diambil oleh semua murid 1T, 3T dan 2NA. Siapa tidak hadir, cikgu akan 'rembat'.

Selasa, 24 Februari 2009

Akan Datang

AKAN DATANG
SATU MASA
SATU HARI
SATU SENSASI
SATU DEFINASI
YANG PENUH BERISI

Sabtu, 7 Februari 2009

Tugasan Rumah 3T

Berikut adalah senarai nama-nama negara yang boleh kamu pilih bagis tugasan kamu. Setiap pasangan hanya boleh memilih satu negara untuk tugasan mereka. Kamu dikehendaki mencari artikel-artikel dari suratkhabar atau majalah mengenai negara yang telah kamu pilih.
1. Vietnam
2. Myammar
3. Indonesia
4. Thailand
5. Laos
6. India
7. China
8. Jepun
Kamu harus mencetak rencana yang kamu pilih dan dibawa ke kelas minggu hadapan. Setiap pasangan mesti ada dua keping keratan akhbar/ majalah tentang negara yang mereka pilih.
Selamat Mencuba
Cikgu Ramzy

Khamis, 5 Februari 2009

Jauh Perjalanan Luas Pemandangan



































Tugasan Rumah 2NA

Kosa-Kata Siri No 2 (Cari Makna & Bina Ayat)

1. Waspada
2. Kemurungan
3. Musibah
4. Sengsara
5. Tabah
6. Bencana
7. Akrab
8. Terkilan
9. Menjajah
10. Sarat

Tugasan Harus Dibuat Di Kertas Mengikut Format Yg Sama Seperti Siri 1.
Harus Dihantar Pada 10 Feb 2009 pada waktu pelajaran Bahasa Melayu.