Khamis, 29 Januari 2009

Tugasan 2NA (Unit 1: Jiran Tetanggaku)

Salam Sejahtera Murid-Murid Sekalian.
















Seperti yang telah saya janjikan, inilah dia butir-butir bagu tugasan kamu.

Ini adalah tugasan individu.

Tugasan 1:

Kamu dikehendaki melakarkan pakej pelancongan 4Hari/ 3Malam ke Singapura yang akan dipasarkan kepada masyarakat Melayu di London yang tidak pernah datang ke Singapura.

Pakej kamu harus memberi ringkasan tentang kegiatan atau tempat lawatan yang telah kamu pilih bagi lawatan mereka.

Tugasan 2:

Kamu dikehendaki memilih salah satu negara ASEAN yang telah saya senaraikan di bawah. Kamu dikehendaki mencari informasi tentang masyarakat, adat budaya dan juga tempat-tempat menarik yang terdapat di negara yang telah kamu pilih. Kamu dikehendaki menggunakan PowerPoint untuk berkongsi dengan kawan kamu. Tugasan boleh dihantar ke ocissus@hotmail.com sebelum hari Isnin 2HB Febuari Jam 2 Petang.


Senarai Negara-Negara ASEAN


1. Brunei Darussalam
2. Myammar
3. Vietnam
4. Thailand
5. Indonesia
6. Laos
(Hanya boleh pilih negara-negara yang disenaraikan disini.)


















Jumaat, 23 Januari 2009

Tugasan Rumah Aliran 3T

Tugasan Ini Harus Di Hantar Sebelum
28HB Januari Jam 11 Malam.
Tugasan Harus Dihantar Melalui Emel

Tugasan Akan Dimuat Naik
Pada Malam Ini

Teka Minda


Teliti gambar ini dan berikan simpulan bahasa yang sepadan dengannya.

Khamis, 22 Januari 2009

Tugasan Rumah 2NA

Kosa-Kata (Cari Makna & Bina Ayat)

1. mengimbas
2. semangat
3. kemelut
4. lesu
5. prihatin
6. mudarat
7. fasih
8. gurindam
9. mencungkil
10. tersirat

Tugasan harus dihantar sebelum jam 1 petang pada Hari Rabu 28Hb Januari।




Selamat Mencuba
Cikgu Ramzy SUlaiman

Obama Dinobat Menjadi Presiden Amerika Syarikat Yang Ke-44.

Ia merupakan suatu mimpi yang menjadi kenyataan. Kemenangan Barrack Obama dalam pilihanraya Presiden merupakan sesuatu yang tidak terlintas akan berlaku selama ini. Dalam sejarah Amerika Syarikat belum ada Presiden negara tersebut yang berkulit hitam.

Beliau telah ditabalkan pada 20HB Januari yang lalu dalam upacara yang penuh gilang gemilang. Ia dihadiri oleh ribuan tetamu dan ditontoni oleh jutaan rakyat Amerika serta masyarakat dunia di negara-negara lain. Peristiwa bersejarah ini diharap akan mengorak langkah perubahan kepada dasar-dasar Amerika di dalam dan luar negara. Ramai rakyat Amerika dan juga masyarakat diseluruh dunia amat mengharapkan Presiden Obama akan dapat menangani masalah- masalah seperti kegawatan ekonomi dan juga pergolakkan di Timur- Tengah.

Mungkin kamu dapat renungkan bagaimana perlantikan Presiden Obama akan memberi kesan kepada negara kita. Ia memang persoalan yang mencabar bagi kamu fikirkan jadi saya sarankan kamu lungsuri lelaman siber untuk mengetahui dengan lebih lanjut kesan perubahan di Amerika Syarikat ini kepada negara-negara lain diseluruh dunia. Ini akan dapat menolong kamu dalam memikirkan kesannya kepada negara kita.

Fikirkan

Cikgu Ramzy Sulaiman

Kartunis LAT



Kartun merupakan suatu seni yang unik dalam mengenengahkan pandangan pelukis tentang sesuatu perkara. Bentuk kartun pelbagai macam dan hasil ukisan kartunis tidak terbatas kepada satu isu yang khusus.

Dalam minggu yang lalu telah saya dedahkan para pelajar kepada kartunis Melayu yang terkenal dengan nama pena LAT. Saya bebesar hati ramai yang telah dapat menjumpai hasil-hasil kerja LAT sejak tahun 1970an.

Yang menarik tentang hasil kerja beliau adalah cara lukisannya menggambarkan suasana keadaan di Singapura dan Malaysia pada tahun-tahun sebelum kemerdekaan Singapura. Banyak pengajaran yang diketengahkan tanpa penampilan yang begitu keras tentang isu-isu yang ingin disampaikan. Lukisan beliau bukan sahaja berbentuk penglipur lara atau lawak jenaka tetapi menampil kan tem seperti keluarga, masyarakat, pelajaran, adat resam dan berbagai lagi.

Siri-siri cetakan kartun-kartun beliau tidak lagi terkenal diklangan para remaja sekarang. Lebih-lebih lagi dengan keadaan sekitaran kita yang berbeza dengan era yang dipaparkan dalam lukisan-lukisan beliau. Namun tentu sekali bagi mereka yang sempat mencari dan menjumpai hasil kerja beliau dalam minggu yang lalu dapat berkongsi pandangan mereka tentang hasil kerja kartunis yang sangat berkebolehan ini.

Sila nyatakan pandangan anda.


Salamz


Cikgu Ramzy Sulaiman

Selamat Datang


Salam sejahtera semua pengunjung lelaman ini dan juga murid-murid yang dibawah naungan saya di GRSS. Ingin saya mulakan dengan menerangkan tujuan mengadakan blog pada tahun ini. Tentu ramai yang maklum akan kemahiran serta minat para remaja sekarang menggunakan alam siber untuk mencari informasi tentang perkara-perkara yang mereka minati disamping menggunakan kecanggihan teknologi untuk berinteraksi. Dengan itu dengan adanya blog ini diharap bukan sahaja iainya digunakan untuk memberi sumber pengetahuan tentang Bahasa Melayu malahan ianya juga dapat menjadi pengasas bagi komunikasi dan interaksi antara pelajar-pelajar. Ini bertujuan agar mereka dapat melatih kebolehan mereka dalam bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan fasih.



Lelaman ini juga diharap akan memberi pendedahan kepada kaedah IT dalam pembelajaran Bahasa Melayu. Pelajar-pelajar digalakkan untuk memberi sumbangan dan pendapat bagi meningkatkan peggunaan blog ini demi mencapai keberkesanan yang maksima dalam pembelajaran mereka.


Wassalam


Cikgu Ramzy Sulaiman